Apr 4, 2013

Makeup Review : Urban Decay Naked 2


APA KATA URBAN DECAY ?

" The most anticipated sequel of the decade. Naked2 has 12 pigment-rich, taupe and greige neutral eyeshadows. Our palette proves once again, neutral is anything but boring, (and is downright sexy when worn Naked). Feast your eyes on our shades ranging from pale to deep, matte to sparkly. This collection lets you achieve lots of neutral looks, smoky dramatic eyes, and everything in between. Let's just say there's a whole new way to get Naked!

The case has an art-school inspired look with hinged lid – taupe metal with embossed chocolate brown artwork. It's smooth, modern and cool to the touch – a real tactile experience. Plus, our palette also features a travel-size Lip Junkie Lipgloss in Naked, AND a double-ended, cruelty-free Good Karma Shadow/Crease Brush (available only in this palette). Any self-respecting makeup lover will have to have both palettes to get their complete neutral fix!"



JENIS MATA SAYA :
Sensitif, berminyak dan selalu cepat berair


APA KATA SAYA ?

Alhamdulillah...akhirnya berjaya jugak saya dapat one of my wishlist nak beli Naked 2 Eyeshadow Palette ni. Dah berbulan-bulan jugak asyik mengintai Naked 2 ni kat Sephora. Nasib baik Mr Kudud baik hati nak belikan palette ni sebagai hadiah birthday no 2..hehe. Rasanya ramai yang dah tau pasal eyeshadow yang glamour gila ni. Sampai saya pun terpengaruh jugak. Naked 2 mula dijual selepas kejayaan penjualan Naked yang ada di pasaran sebelum ni. Ada beberapa pembaharuan seperti case yang lebih praktikal dan penambahan warna-warna baru yang lebih natural. Tapi Naked 2 masih mengekalkan warna trademarknya iaitu half baked. Bayangkan kalau baca review pasal Naked 2 ni...ramai yang review kata best. Kenapa best?...meh sini saya nak review sendiri.

Apa yang saya boleh katakan tentang eyeshadow ni..warna-warna sangat praktikal, natural dan highly pigmented. Sesuai dipakai siang dan malam. Tak payah nak letak banyak-banyak. Kalau pakai eye-primer dulu sebelum pakai eyeshadow lebih bagus supaya tahan lebih lama. Eyeshadow ni ada 2 jenis..matte dan shimmer. Korang boleH mix and match untuk hasil yang korang inginkan. Kalau nak pakai pergi kerja..korang boleh pakai jenis matte, kalau nak dating waktu malam, boleh guna jenis shimmer untuk nampak glam. Walaupun agak mahal, tapi saya rasa eyeshadow ni berbaloi untuk dibeli untuk mereka yang sukakan eyeshadow natural dan smokey. Saya lebih sukakan eyeshadow warna sebegini sebab saya rasa janggal kalau pakai eyeshadow warna-warna bold seperti biru, hijau dan purple. Packaging Naked 2 ni disertakan dengan double-ended Good Karma shadow/crease brush dan Lip Junkie lip gloss. Wahh.. 3 in 1 gitu. Walaupun eyeshadow brush ini free...tapi kualiti memang best dan yang paling penting cruelty-free.


Jom tengok warna-warna eyeshadow Naked 2 ni.


KOD WARNA (Dari Kiri) :
1. Foxy | 2.Half Baked | 3.Bootycall | 4.Chopper


KOD WARNA (Dari Kiri) :
5.Tease | 6.Snakebite | 7.Suspect | 8.Pistol


KOD WARNA (Dari Kiri) :
9.Verve | 10.YDK | 11.Busted | 12.Blackout


" Get hooked on shine, without the sticky hangover. Lip Junkie features a soft, luxe texture, stay-put shades and tastes like wedding mints. Addicted yet? " - Urban Decay


Bercerita pasal lip gloss pulak...mula-mula saya ingatkan lip gloss ni macam biasa yang saya pakai. Tekstur nya agak pekat tetapi licin apabila dipakai. Bila disapukan pada bibir, ada rasa mint dan chocolate sedikit. Bau pun sangat sedap. Rasa macam nak makan pun ada jugak. Super glossy dan saya sangat rekemen untuk sesiapa yang inginkan bibir 'plump'. Lip gloss ni boleh dipakai begitu sahaja ataupun dipakai di atas lipstik matte. Paling kagum...lip gloss ni tahan lama walaupun saya dah makan dan minum dan tahan berjam-jam. Kalau dah habis nanti, confirm saya akan repeat beli lagi


Ini contoh/cara saya pakai eyeshadow Naked 2 ni..muka saya memang tak pakai apa-apa..cuma pakai eye primer dan Naked 2 sahaja pada mata. Malas pulak nak tempek foundation dan powder kat muka. Terserlah muka tak flawless di situ...hehe. Saya guna FOXY untuk highlight, HALF BAKED untuk upper crease, SNAKE BITE untuk crease dan YDK untuk eyelid.


Sebenarnya ada bermacam-macam cara untuk pakai eye shadow ni. Paling senang boleh tengok tutorial kat Youtube. Yang penting kena selalu praktis dan kreatif !


PROS :
Warna natural dan praktikal
Free gift - double-ended brush + lip gloss and plumper
2 jenis eyeshadow - matte + shimmer
Senang dipakai
Tahan lama
Tekstur licin apabila dipakai
Versatile - Boleh dipakai siang dan malam 
Packaging menarik ala-ala art-school inspired look

CONS :
Shimmer senang jatuh di muka
Sesetengah eye shadow senang 'crease' bila dipakai beberapa jam

TIPS :
Untuk lebih tahan lama, guna eye-primer
Sapu sedikit loose powder di bawah mata, supaya bila ada shimmer jatuh di bawah mata, boleh disapu dengan fan brush
Be Creative. korang boleh combine warna-warna Naked 2 ni dengan eyeshadow yang sedia ada. Tak membazir kan?


Korang boleh baca review di Makeup Alley untuk detail yang lebih lanjut :
Klik SINI



Harga Retail Urban Decay Naked 2 Palette :
RM 179 ( Eyeshadow : 12 x 1.3g | Lip Junkie : 3.23ml )

Boleh didapati di semua outlet Sephora



Rating : 4.5/5
Repurchase ? YES !




Love,
LIZA RAZAK





11 comments:

pinky said...

nak terkeluar biji mata tgk harga.... huhuhu...dah sama dgn harga perfume...=)

tapi colour2 sgt cantik...=)

ellynadyra said...

cantik, kaler natural je tgk, try try lip gloss dia la!

dear anies said...

cantiknya warna2 diaa

Asyik Izas said...

wow, bestnya..besar dan jimat ni klu beli..;)

✿INA AINAA✿ said...

bgus betul akk ni, semua jenama akk merasa... ena jenama naked ni pun first time dengar ni... wahhhhh

Ratu Hatiku said...

suka wrna2 yg mcmnie... tq sharing ya :)

cha said...

bestnya pandai mekap. i tak pandai :(

suwara entertainment said...

tang harga tu yg rasa x mampu nak beli. huhuhu

Alin Marlini said...

kak alin pun selalu jeling2 kat sephora paradigm setiap kali pi sana...tp sekadar jelingan manja jek...hehehe...mmg cantik2

Unknown said...

I love this brand, tapi kat KK takder lah pula..Berapa harga make up ni kat Msia sis?..

Unknown said...

bole beli dekat i...rm50 shj...wasap 0122425348

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...